#Appparop??🤷 Di Alor Setar, Tiga anggota polis antara enam individu yang ditahan kerana disyaki melarikan wang tunai berjumlah RM400,000 selepas memecah masuk pejabat cawangan sebuah Syarikat Kurier di sini, Rabu lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul ZamaN Mamat berkata, dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, mereka terlebih dahulu mematikan fungsi kamera litar tertutup (CCTV) dengan mencabut fius utama bekalan elektrik di luar pejabat tersebut. Menurutnya, selepas itu suspek memecah masuk premis itu dengan cara mengumpil pintu utama sebelum membawa lari sebuah peti besi berisi wang tunai berjumlah RM400,000. Katanya, wang tunai itu adalah hasil kutipan daripada khidmat tunai ketika penghantaran yang dikumpulkan di pejabat berkenaan. “Bagaimanapun, hasil maklumat awam kami menahan salah seorang daripada suspek selepas beberapa jam kejadian itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini. Susulan itu, beliau memberitahu, polis m
BALIK PULAU – Seorang wanita warga emas ditemui mati di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia di hadapan rumahnya di Bayan Baru di sini hari ini. Mangsa berusia 76 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 10.40 pagi oleh sepupunya yang pergi ke rumah tersebut. Difahamkan, kawasan hadapan rumah yang didiami mangsa tidak terurus dengan dipenuhi banyak sampah-sarap. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mayat mangsa ditemui di tempat duduk pemandu. Pemeriksaan awal tidak menemui kesan kecederaan pada tubuh si mati. Beliau berkata, pihaknya mendapati sepupu wanita itu cuba menghubungi mangsa tiga hari lalu, namun tidak dijawab. “Kita terpaksa mendapatkan bantuan bomba bagi membawa keluar mayat dan dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat. “Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut,” katanya.
PETALING JAYA – Unit SiaSatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang menyiasat seorang individu kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang cenderung menghasut, berbaur perkauman, bersifat jelik terhadap institusi diraja dan kerajaan melalui satu video yang tular, semalam. Terdahulu, video berdurasi dua minit 27 saat itu tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp bertajuk ‘Racist In Vaccine Malaysia’ yang dipercayai telah dimuat naik suspek melalui akaun Facebooknya. Suspek dalam kenyataannya mendakwa, vaksin berkualiti rendah dan tidak berkesan dari China jenama Sinovac diberikan kepada golongan bukan muslim, manakala muslim pula diberikan vaksin berkualiti tinggi jenama Pfizer. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, individu berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. “Berdasarkan rekod, sejak tahun 2018 sehingga kini, seban
Comments
Post a Comment