SusPek memanipulasi Vaksin untuk orang Islam diSiasat


PETALING JAYA – Unit SiaSatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang menyiasat seorang individu kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang cenderung menghasut, berbaur perkauman, bersifat jelik terhadap institusi diraja dan kerajaan melalui satu video yang tular, semalam.

Terdahulu, video berdurasi dua minit 27 saat itu tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp bertajuk ‘Racist In Vaccine Malaysia’ yang dipercayai telah dimuat naik suspek melalui akaun Facebooknya.

Suspek dalam kenyataannya mendakwa, vaksin berkualiti rendah dan tidak berkesan dari China jenama Sinovac diberikan kepada golongan bukan muslim, manakala muslim pula diberikan vaksin berkualiti tinggi jenama Pfizer.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, individu berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Berdasarkan rekod, sejak tahun 2018 sehingga kini, sebanyak 18 kertas siasatan telah dibuka terhadap suspek di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 298A, Seksyen 500, Seksyen 504 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

“Siasatan turut dijalankan selari dengan peruntukan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya, berdasarkan semakan dengan Jabatan Imigresen (JIM) mendapati suspek kini dipercayai berada di negara Jerman.

“Pergerakan (keluar) suspek yang terakhir adalah pada 2 November 2017 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan status pasportnya juga sudah dibatalkan oleh JIM pada 25 November 2020.

“Justeru itu, PDRM MenyeRu orang ramai agar sentiasa peka dan cakna dengan inisiatif vaksinasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan serta tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita yang tidak dipastikan kesahihan sumbernya,” ujarnya.


Comments

Popular posts from this blog

polis wak lari pitih 400k ? ooo nanyo

Mayat wanita dalam kereta