Tutup Kil4ng’ hujani lam4n sosial KKM bertubi tubi

 


‘Tutup Kil4ng’ menjadi perkataan pilihan orang ramai dalam meluahkan isi hati mereka di laman sosial Kementerian Kesihatan (KKM) sejak kelmarin.

Penggunaan perk4taan tersebut digunakan rakyat negara ini apabila melihat kerajaan gagal untuk melandaikan jumlah jangkitan virus Covid-19 walaupun pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh sejak 1 Jun lalu.

Rata-rata mereka menyifatkan sekiranya kilang masih tidak ditutup, angka jangkitan pendemik Covid-19 tidak akan berkurangan malah jangkitan dijangka akan terus berlaku.

Tempoh PKP penuh s4ma ada akan beralih kepada fasa kedua atau tidak ia bergatung kepada kes harian baharu positif Covid-19.

Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan, jika kes baru tidak menunjukkan penurunan di bawah paras 4,000 kes bermakna PKP penuh masih kekal di fasa pertama.

Semalam dan hari ini, kes baru tidak menunjukkan penurun yang ketara di mana masih mencatatkan bilangan kes hampir 6,000 sehari iaitu 5,803 kes pada hari ini dan 5,812 kes pada semalam.

Bukan itu sahaja, tempat yang diwartakan sebagai kawasan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) juga masih lagi bertambah saban hari dan kebanyakannya berlaku adalah kerana kluster tempat kerja.

“Cuba fikir logik, kilang banyak yang buka kluster yang lahir pun dari tempat kerja. Perniagaan kecil macam kedai photostat, peralatan komputer, alat tulis ditutup sedangkan itu keperluan buat masa ini.

“Macamana kita nak keluar dari masalah ini kalau kerajaan tidak boleh fikir,” ujar seorang netizen Yuji Kataro di laman Facebook KKM hari ini.

Turut senada dengan h4ntaran itu adalah seorang lagi netizen dikenali seb4gai Epul Rani yang mahu kerajaan segera menutup kilang kerana ia penyumbang utama kebanyakan kluster ketika ini.

“Kalau kita tengok l4poran harian kluster yang dikeluarkan KKM, majoritinya berkaitan kluster temp4t kerja. Jadi apa singnifasikasinya kilang masih dibuka?

“Sampai bila kami nak melalui tempoh PKP, duit semakin susut, r4mai tidak boleh bekerja. Ingat saiz kasut masing-masing pun berbeza jadi kesusahan orang juga berbeza,” ujarnya.

 

Comments

Popular posts from this blog

polis wak lari pitih 400k ? ooo nanyo

Mayat wanita dalam kereta

SusPek memanipulasi Vaksin untuk orang Islam diSiasat