Terkini dari GAZA | Alhamdulillah ustaz Ebit Selamat

Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini. Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 Ngo sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.

Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus. Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita. Terima kasih wisma Putra Dato Ida Murni,dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah. 

Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar.  

Terima kasih Palestin Palestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني . Terima kasih Malaysian Red Crescent . Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan. 

Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.

Comments

Popular posts from this blog

polis wak lari pitih 400k ? ooo nanyo

Mayat wanita dalam kereta

SusPek memanipulasi Vaksin untuk orang Islam diSiasat