Sehari je iklan, terjual juga kasut CONVERSE dia RM40,800. Steady BRO.
SeOrang Pengumpul k4sut vintaj tidak menyangka kasut ConVerse edisi pertama di dunia yang dimilikinya dijual dengan harga RM40,800.
Wan Irfayuim Azim Wan Ab Aziz, 31, berkata, dia memuat naik status di laman Facebook, semalam untuk menjual kasut Converse model Converse Non Skid berusia 104 tahun itu kerana terkesan dengan pandemik COVID-19.
Katanya, status yang dimuat naik olehnya menjadi tular dan mendapat 8,500 tanda suka dan dikongsi lebih 6,400.
"Saya tidak menyangka statusnya menjadi tular dan tidak sampai dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik, ramai yang berminat serta bertanya berKenaan kaSut itu.
Katanya, mengikut cerita daripada pasangan suami isteri dari Amerika Syarikat itu, seluar dan pelindung lutut itu dijumpai bersama-sama kasut ini dan disimpannya sejak 1989.
"Ketika itu, saya bekerja sebagai ejen pelancongan di Jepun dan suka menulis berkenaan sejarah kasut vintaj di laman Facebook serta blog. Pasangan itu berhubung dengan saya selepas mereka membaca perkongsian yang dibuat.
"Saya tidak sangka kasut yang selama ini saya tengok dalam gambar kini menjadi milik saya walaupun dalam tempoh tiga tahun sahaja.
"Namun, akibat pandemik COvID-19, dengan berat hati saya terpaksa menjualnya.
"Setakat ini, saya sudah menjual lebih 60 koleksi kasut vintaj yang lain dengan harga antara ratusan ringgit dan mencecah belasan ribu ringgit," katanya.
Suami kepada Nor Hafiza Fariha Saudi, 34, berkata, dia kini pulang menetap di kampungnya di Kampung Chempaka di sini, sejak Mac tahun lalu ekoran perniagaan industri pelancongan terjejas.
Beliau turut berharap pembeli baharu dapat menjaga kasut itu dengan baik kerana ia mempunyai nilai yang tinggi.
"SaYa akan menghadiahkan tiga lagi pasang kasut ConVerse dari tahun 1950, 1960 dan 1970 kepada pembeli itu," katanya.
Comments
Post a Comment