PKPD di tujuh lokaliti di Pahang, Sabah
PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti melibatkan negeri Pahang dan Sabah berkuat kuasa 28 Jun sehingga 11 Julai depan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di Pahang melibatkan Triang, Cameron Highlands dan sekitar Bandar Jerantut.
“Manakala di Sabah pula, kawasan yang terlibat adalah Penjara Kepayan, Kota Kinabalu; kilang sawit Bell (termasuk perumahan kilang), Kinabatangan; Kampung Tuunon, Penampang; Kampung Perpaduan Ria 1, Kudat dan Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud.
“Pelaksanaan PKPD di semua lokaliti ini dilakukan bagi menghalang penularan kes serta mengelakkan jangkitan kepada individu lain,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, dua lokaliti di Kota Belud, Sabah masing-masing Kampung Tawadakan dan Kampung Kota Bungan pula dilanjutkan PKPD bermula 28 Jun hingga 11 Julai.
Dalam perkembangan sama, menurut beliau, kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan PKPD di enam lokaliti di Sabah iaitu Kampung Indah, Nabawan; Kampung Manggis, Kuala Penyu; Kampung Baru (SFI) Sipitang; Taman Kinabutan Ria dan Simpang Inderasabah di Tawau, dan Kampung Sundang Laut di Sandakan manakala satu lokaliti di Pahang iaitu kawasan Kampung Raja, Cameron Highlands berkuatkuasa esok.
Comments
Post a Comment