Pemberian moratorium, i-Sinar akan diumumkan



PUTRAJAYA – Kerajaan bakal mengumumkan pemberian moratorium dan pengeluaran i-Sinar dalam waktu terdekat, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, perbincangan mengenainya sudah dilakukan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan agensi-agensi berkaitan.

“Isu moratorium dan i-Sinar.  Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan.

“Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebooknya hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan kerajaan sentiasa mempertimbangkan semua cadangan dan permintaan yang dikemukakan oleh rakyat termasuk perlanjutan program i-Sinar dan i-Lestari.

Tengku Zafrul berkata, dia telah bermesyuarat dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah serta pengurusan kanan KWSP bagi memperhalusi bantuan  bersesuaian untuk Pelan Pemulihan Negara.


Comments

Popular posts from this blog

polis wak lari pitih 400k ? ooo nanyo

Mayat wanita dalam kereta

SusPek memanipulasi Vaksin untuk orang Islam diSiasat