Ibu mengandung masih diberi vaksin Pfizer
KUALA LUMPUR: Ibu mengandung yang mempunyai tempoh kehamilan 14 hingga 33 minggu di negara ini masih diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.
Timbalan Pengarah Primer Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Nazrila Hairizan Nasir, berkata pemilihan jenis vaksin itu selari pertimbangan terhadap aspek kesihatan ibu dan kandungan.
Bagaimanapun, katanya, pemberian vaksin jenis lain akan dibuat sekiranya wujud masalah logistik dan pelaksanaan program suntikan pelalian di pedalaman.
"Kami di KKM mengesyorkan ibu mengandung masih diberikan Pfizer-BioNTech, tetapi di tempat yang tiada Pfizer, vaksin lain boleh digunakan," katanya pada sidang media, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dan Penasihat Hal Ehwal Kesihatan Awam Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
Comments
Post a Comment